Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; IF I DIE YOUNG :')
Sunday 6 January 2013 | 14:51 | 2 comments
07/01/2013

Assalammualaikum

Holla peeps ~ apa khabar semua warga blogger ? Harap - harap sihat sahaja tau ! Jangan jadi macam aku , asyik sakit aje . Batuk dah dekat sebulan tak sembuh - sembuh jugak lagi . Takpe ! saya sudah berusaha , berdoa dan sekarang saya bertawakal kepada Allah sahaja :) Sungguh , aku selalu mengeluh sebelum ini . Kenapa ? Kenapa Allah selalu berikan aku kesakitan . Tak nampak ke yang aku dah cukup terlelah dalam merawat kesakitan sebelum ini ? Belum lagi pulih satu penyakit , Dia datangkan pula penyakit lain . Aku mengeluh dan terus mengeluh ! Tapi , keluhan aku bukan pada sesiapa . Bukan pada papa & mama , bukan pada teman dan bukan juga adik beradik . Tapi , keluhan aku hanya pada Allah S.W.T ! Aku bagai terlupa yang Dia tak suka insan yang mengeluh , insan yang cepat putus asa ! Ya Allah , aku khilaf . Kesakitan ini membuat aku terkhilaf padaMu .

Kalau hanya aku yang menanggung , aku redha :') Tetapi , bila papa & mama turut khuatir aku pula yang rasa ingin menangis . Setiap kerutan kerisauan pada dahi mereka , membuat aku menangis sendiri . Dalam setiap usapan mereka , jelas terserlah kebimbangan . Tuhan , hilangkan kerutan kerisauan itu . Jangan biar hati mereka dipagut kebimbangan . Yakini mereka , aku akan kembali sihat seperti dulu lagi . Papa mama , acik akan sihat ! Percayalah :'[

Kadang - kadang aku rasa lemah sangat , Ya Allah . Rasa langsung tak kuat untuk terus berlawan dengan kesakitan ini . Ya Allah , aku mohon sedikit keajaiban . Aku percaya pada keajaibanMu kerana Engkau pernah berikannya kepada aku dahulu . Sedikit sahaja ! Sedikit keajaiban sahaja yang aku perlu untuk buat aku mampu sihat kembali .

Satu pesanan papa pada adik dan kakak aku yang sampai ditelinga aku membuat aku tak henti mengalir airmata :

"Nanti kalau papa dah takde , satu benda aje papa nak minta . Tolong jaga acik ! Kalau papa ni jutawan , papa akan bagi semua benda yang dia nak sebab orang lain tak derita macam dia derita . Dia cuba hidup macam orang normal tapi dia tak boleh !"

Acik tak nak org lain jaga acik ! Acik nak papa yang terus jaga acik :'( Sumpah aku sayang parents aku . Pengorbanan mereka dah terlalu banyak ! Thanks papa mama , ILY ! ♥ ~

Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,
Allah akan utuskan 4 orang malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa....

Sayonara ♥


Old things | New things